Wednesday, June 30, 2010

SELAMAT HARI BAPA



aku tujukan ucapan buat semua okayyh.


sumpah aku cakap, bila hari bapa ni datang, aku rasa sangat, sangat canggung.


ibubapa aku dah bercerai masa aku kecil lagi. apa yang aku tahu, bapa aku nama NASIR dan masa berpisah dengan mama, dia bekerja sebagai arkitek. juga ada satu gambar kami bertiga yang ada dalam simpanan dan beberapa maklumat lain. itu sahaja.


mama besarkan aku tanpa ayah. semuanya mama yang tanggung. bla bla bla, kalau aku cerita nanti semua kata aku nak minta simpati. baik aku simpan saja.


sampai sekarang aku masih ta paham konsep ibubapa dalam keluarga. ini jujur. apa bezanya seorang "ibu" dan "bapa" melainkan jantina?


mama boleh buat semua perkara. isu normal kekeluargaan; makanan, pakaian, didikan, disiplin, kewangan, dan apa jua yang sepatutnya dilaksana ibubapa sudah mama selesaikan.


semua itu aku rasa, tetapi pengaruh norma masyarakat dan didikan formal membuatkan aku merasa kehilangan. hilangnya seorang bergelar ayah dalam hidup aku. dulu aku selalu salahkan 'ayah' atas ketidaksempurnaan aku. bila aku gagal bersukan, 'dia' yang ku salahkan. bila aku gagal membuat keputusan yang baik, 'dia' yang aku salahkan. aku tidak pandai bergaul, tidak pandai bersosial, 'dia' juga yang aku marahkan. hampir segala-galanya aku persalahkan 'dia' menjadi punca kesalahan aku.


semuanya kerana aku sendiri yang terpengaruh dengan norma masyarakat yang mengatakan seorang ayah yang sepatutnya membimbing aku.


hari ini, pada usia 19 tahun, baru aku sedar bahawa semua salah aku bukan berpunca dari ketiadaan 'ayah'. aku yng buta, kerana tidak nampak akan ajaran mama dan panduannya. mama sentiasa ada cara tersendiri dalam membesarkan aku dan mamalah orang yang akan berdiri membela aku selama ini. semua yang aku rasakan hilang sebenarnya telah mama isi, cuma sekarang baru aku sedar. sekarang baru aku perasan akan semua yang telah berlaku.


aku tidak perlu mencari seorang ayah kalau dia sendiri tidak ada usaha mencari aku.
aku bersyukur mama seorang yang sangat tabah membesarkan aku.
dan aku mengaku, aku tidak kisah secalitpun akan adanya hari bapa.


=)

No comments:

Post a Comment