Friday, June 18, 2010

KAWAN



kawan gambarkan diri kita?
mungkin ya mungkin tidak.


aku memang dari dulu bukan hidup bawah prinsip ini.


aku berkawan dengan ramai orang.
dan juga orang yang mungkin lebih kepada bukan orang.
orang yang dari pandangan orang lain ta patut menjadi orang
dan juga orang yang kononnya penuh dengan kehidupan yang diimpikan orang orang lain.
enuff. aku makin berbelit di sini.


bukan ingin berbangga diri disini.
bukan nak menyatakan pada satu dunia (paling tidak pun satu malaysia) bahawa aku ini sosialis terlampau.
tapi ya, memang benar, aku kenal pelbagai orang yang mewarna warnikan hidup aku.


aku kenal golongan jalanan,
aku kenal golongan pelacur,
aku kenal golongan songsang; pengkid, lesbian, pondan, gay.
aku kenal para para hooligan,
aku kenal hipsters
aku kenal ulat-ulat buku,
aku kenal anak- anak soleh.
hendak aku senaraikan semua ini, mungkin kamu akan muntah.


jangan persoalkan macammana aku kenal mereka semua ini.
tapi kalau ikut prinsip " kawan cermin diri sendiri"
tidak mungkin aku mampu menjadi semua itu.
atau mungkin semua itu merupakan cebisan cebisan rintihan dalaman diri aku? mungkin.


yang pastinya aku gembira kenal akan semua orang orang ini.
aku suka setiap dari mereka.
sebab aku suka orang yang menyuarakan isi hati, hidup mereka lebih bercorak dan penuh pengalaman.
berbanding orang yang kain hidupnya, klise, bosan.
hidupnya sangat bosan, belajar, SPM, Diploma etc etc, kawen, anak, dan seterusnya.
klise, jalan selamat untuk hidup.


aku rasa hidup kene ambil risiko. baru kita kenal akan perkara yang tak terjangka.

2 comments:

  1. nice entry..
    especially, yang last tuh..=)

    ReplyDelete
  2. tq very much!

    sorry i late to realise this comment as i thought nobody read my blog. but still TQ very much.

    ReplyDelete